Tips Meningkatkan Kepantasan Komputer Anda..


Terdapat beberapa tips yang ditemui secara online, dan kami berfikir untuk berkongsi kepada semua pembaca sebagai panduan dan tips untuk mereka.

Setelah semakin lama anda memiliki komputer, anda akan merasakan semakin lama semakin lambat pula komputer tersebut. Kebanyakan orang tidak akan mengganti komputernya sehingga komputer tersebut lambat dan mereka merasakan mereka perlu yang baru, yang lebih pantas.

Ada pula merasa hanya kerana komputer tersebut sudah tua. Sebenarnya komputer tua ataupun baru tetap dapat berjalan dengan cepat - secepat ketika anda pertama kali membawanya ke rumah anda – jika anda mengikuti 10 langkah mudah untuk meningkatkan kepantasan komputer anda.


TIPS 1 : Kosongkan Temp Directory secara berkala

Setiap kali anda menjalankan sebuah program, itu akan membuat sebuah temporary file, sehingga anda menyimpan atau menutup file tersebut. Alasannya adalah kerana ketika kejadian seperti komputer anda mati secara tiba-tiba ataupun programnya mati, anda dapat recovery file anda semula. Ini memang berguna tapi kadang kala ketika anda menyalakan computer anda kembali, entah komputer ataupun programnya, biasanya file tersebut akan memperlambat prosesnya.

Selain itu, temp file juga dapat muncul ketika anda meng-install sebuah program. Dalam jangka waktu yang singkat, temp directory anda akan berisi ratusan bahkan ribuan file yang menunggu anda hapus kerana kewujudannya memperlambatkan komputer anda. Cara yang paling baik adalah hapuslah file tersebut ketika anda sedang tidak memproses sesuatu dengan komputer anda.

Untuk delete Temp File, pastikan tiada masalah untuk membukanya. Seterusnya ikuti langkah berikut :

Dalam Windows 95, 98 atau ME…pergi ke C:WindowsTemp dan delete semua fail yang terdapat di dalam Temp Folder tersebut.

Dalam Windows 2000 atau XP, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Pertama, pastikan anda dapat melihat folder yang disembunyikan. Caranya, buka My Computer – pilih menu Tools – pilih Folder Options. Seterusnya pilih tab View, scroll down dan klik pada “Show Hidden Files and Folders”. Klik OK…… Sekarang pergi ke folder C:Document and Setting – Administrator Local Settings Temp. Delete semua yang anda didalamnya……Anda juga boleh melihat di folder C:Windows (atau Winnt) – Temp atau Tmp. Delete semua fail yang ada di dalamnya dengan serta merta.


p/s : Panduan dan tips ini akan di berikan sacara bersiri (10 siri) bermula dari hari ini. Sentiasalah lawati blog ini untuk mendapatkan tips yang selanjutnya.
Posted on Tuesday, April 07, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 3 Comments »

Jemputan sebagai penulis (author) blog


Salam Semua...

Blog ini baru diperingkat permulaan... saya berhasrat untuk menjemput juruteknik Komputer yang berminat untuk menjadi penulis (author) di dalam blog ini untuk sama-sama mengemaskini blog ini...

Caranya :

  • 1. Daftarkan emel GMAIL di www.gmail.google.com . Jika yang sudah ada , ikut step seterusnya. (Untuk kemaskini blog ini memerlukan akaun gmail.)
  • 2. Maklumkan kepada saya dengan menghantar ke emel saya di faizulafzan83@gmail.com ataupun dengan maklumkan di ruangan YM saya di : faizulafzan_83@yahoo.com.my
  • 3. Kemudian apabila ada menghantar dan saya menerima alamat emel anda, saya akan jemput anda dengan menghantar emel "permission" untuk menjemput anda sebagai penulis (author).
  • 4. Apabila anda menerima emel "permission" tersebut, klik pada arahan "accept" atau link yang membolehkan anda klik tanda anda setuju untuk menjadi author.
  • 5. Selepas itu... jom sama2 kita kemaskini blog komuniti kita....
daripada : admin (Faizul Afzan)
Posted on Monday, April 06, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 0 Comments »

Selamat Datang


Selamat Datang ke laman blog Komuniti Juruteknik Komputer FT17 Negeri Kelantan.
Posted on Monday, April 06, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 0 Comments »