MAJLIS BERBUKA PUASA GENG JTK


Assalamualaikum...
'Geng JTK' akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakan2 JTK. Diharap semua yang bergelar JTK dapat memberi sokongan sepenuhnya pada majlis tahunan sempena bulan RAMADHAN yang di buat oleh 'geng2 JTK' untuk mengeratkan hubungan antara 'Geng JTK'. InsyaAllah.
Untuk Pertanyaan, Sila Hubungi:
Pesal : 012-9542827 (YM: blankpeacepesal)
Hisyam: 017-4479787 ( YM: esey_qelate)

P/s: Kepada sesiapa yang ingin menempah T-shirt JTK , sila membawa duit bayaran pada hari berkenaan dan memberi nama kepada Pesal untuk memudahkan urusan penempahan T-shirt. Harap maklum.

Posted on Sunday, August 23, 2009 by Soul|Dead|Akida and filed under | 0 Comments »

Online Teramai Hari ini [ 24 Ogos 2009 ]




Akrabnya grup JTK ni ya!! Selamat berpuasa !!

Zon 1 Ramadhan : Kenali potensi... Mengenali potensi diri pasti kita akan mengenali keesaan ilahi ... moga Ramadhan menjadi pendorong untuk kita melakukan perubahan dalam diri kepada yang lebih baik....




Posted on Sunday, August 23, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 0 Comments »

Selamat Menyambut Ramadhan






Posted on Thursday, August 20, 2009 by Soul|Dead|Akida and filed under | 0 Comments »

KURSUS PENYELENGGARAAN KOMPUTER


UNTUK MAKLUMAN SEMUA LEPAS RAYA NE ADA SATU KURSUS PENYELENGGARAAN KOMPUTER FT17 YANG DIKENDALIKAN OLEH GENG2 JTK KITA...KURUS INI DIUTAMAKAN KEPADA KAUM HAWA YANG KURANG PENGETAHUAN PASAL KOMPUTER DAN YANG BARU POST...LONI KAWE TGK SIAPKAN KERTAS KERJA...SAPA2 YANG RASO DIO TAK TAU LASUNG PASAL KOMPUTER SILA BAGITAU AKU....SEBELUM 20/8/2009...PESERTA TERHAD KPD 20 ORANG SAHAJA..HARAP MAKLUM..

YM KAWE: esey_kelate
FON NO : MITOK KOT YM


Posted on Saturday, August 15, 2009 by BiO-E-SeY and filed under | 0 Comments »

WINDOWS 7






"SELEPAS beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista yang dikeluarkan syarikat gergasi sistem operasi (OS) iaitu Microsoft, mereka terus beralih kepada produk seterusnya, Windows 7"



Ada yang menyatakan Microsoft mula panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung berada di pasaran.

Windows 7 dijangka menemui pengguna awal tahun depan pada asalnya dikenali dengan kod Blackcomb dan Vienna yang dikeluarkan menerusi dua versi iaitu kepada pengguna dan pelayan.

Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi.

Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.

Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta keupayaannya berhubung dengan dunia lain.

Microsoft bersedia memperkenalkan kemuncak generasi perisian akan datang yang direka bagi mengatasi rungutan mengenai perisian OS Vista keluarannya yang memberikan persaingan kepada pesaing utamanya, Google.

Versi Windows 7 yang sedang dibangunkan itu dipertontonkan di California pada satu Persidangan Pembangun Profesional mengandungi beberapa sesi yang mana pakar perisian boleh mendapatkan gambaran mengenai sistem operasi Microsoft yang akan datang.

Ketua Arkitek Perisian Microsoft, Ray Ozzie, berkata syarikatnya melabur besar untuk platform Windows 7 dan berbangga dengan sasarannya selepas ini.

"Antara ciri kelebihan Windows 7 termasuk membolehkan orang ramai menjadikan komputer lebih menuruti kehendaknya dan menyediakan rangkaian yang boleh dihubungkan dengan telefon mudah alih, pencetak, gambar digital, komputer dan perkakasan pintar lain," katanya.

Menurut penganalisis dari Redmond, sebuah syarikat perisian berpangkalan di Washington, Matt Rosoff berkata beliau menjangkakan Microsoft menghasilkan Windows 7 seawal tahun depan.

Windows 7 direka bentuk untuk menjadikan semua tugasan harian membabitkan komputer lebih pantas dan menampilkan ciri baru sambil memfokus terhadap aplikasi dan kepelbagaian kesesuaian penggunaan perkakasan itu.

Rungutan mengenai Vista termasuk konfliknya dengan program lama.

"Kami membawakan yang terbaik mengenai Web kepada Windows dan yang

terbaik mengenai Windows kepada Web.

"Daripada PC kepada Web seterusnya telefon dan dari pelayan kepada semua sistem lain, kami memfokus pengalaman penciptaan generasi seterusnya yang mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain," kata Ozzie.

Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:

  • Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuh
    Taskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka. Ini bermakna anda akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya.
  • Pembaharuan desktop
    Ia memberi peluang kepada anda menyusun ikon di permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan mengemaskininya.
  • Carian Windows
    Windows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.
  • Internet Explorer 8
    Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran 'online' pantas seperti alamat bar, carian, 'tabs' dan bar 'Favorites.'


Microsoft juga berusaha mengenal pasti keupayaan prestasinya yang dipertingkat menerusi Windows 7 agar ia tidak berkompromi dengan kehendak pengguna.

Melalui sistem baru di bawah Windows 7, PC akan dibuka, ditutup, bersedia dan memberi respons dengan pantas yang mendapat maklum balas daripada pengguna sebelum ini.

Selain itu, ia jauh berbeza dengan Windows XP apabila Microsoft memajukan jangka hayat bateri dengan menambah sistem penjimatan tenaga untuk kecerahan paparan dan penggunaan tenaga minimum untuk memainkan pemain DVD.

Kali ini, Microsoft juga mahu mengurangkan sistem amaran membabitkan 'pop-up' memberi ingatan kepada pengguna walaupun ia tidak serius berbanding pop-up yang sering terpampang.

Bagai bulan jatuh ke riba apabila mendengar ciri hiburan menggunakan Windows 7 yang bersedia untuk menampilkan fungsi ajaibnya terutama membabitkan televisyen menggunakan PC, filem dan video.

Ia membabitkan penukaran besar-besaran antaramuka hiburan yang memberi impak kepada emosi pengguna ketika berhibur.

Tidak dilupakan, Windows 7 dijangka akan menitikberatkan fungsi skrin sesentuh yang kian didapati dalam mana-mana perkakasan di dunia ini menjadikannya lebih mesra pengguna.


Kehadiran Windows 7 bertepatan dengan aplikasi sentuhan seperti hasil kajian menyentuh hubungan antara pengguna dan mesin yang dijelaskan secara disiplin ilmu dalam Interaksi manusia-komputer (Human-Computer Interaction-HCI).

Ia mengkaji komunikasi atau interaksi antara pengguna dengan sistem termasuk berkaitan UI serta skrin sesentuh.

Model interaksi antara pengguna dengan sistem membabitkan tiga komponen iaitu pengguna, interaksi dan sistem itu sendiri.

Interaksi terbabit mewujudkan sistem yang mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan sebagainya.

Satu kajian terpenting dalam bidang HCI adalah UI yang menjadi sebahagian sistem yang akan dikendalikan oleh pengguna untuk mencapai dan melaksanakan fungsi sesuatu sistem.

Tidak dinafikan juga ia dianggap sebagai jumlah keseluruhan keputusan reka bentuk.

Sistem UI yang membabitkan skrin sesentuh menggabungkan elemen komunikasi apabila pengguna boleh berinteraksi dengan produk terbabit melaluinya seperti ditonjolkan Windiws 7 kelak.

Menurut nama yang tidak asing dalam bidang komputer iaitu Bill Gates ketika mengulas mengenainya berkata Windows 7 bermaksud jika anda beralih dari satu PC ke PC yang lain, anda perlu memasang aplikasi satu demi satu serta mengemaskini setiap satunya.

"Memindahkan maklumat sangat leceh namun ia boleh diselesaikan menggunakan Perkhidmatan Live untuk mengetahui kemahuan anda.

"Jadi, walaupun anda menggunakan kios atau menumpang PC seseorang, kami boleh membawa laman web anda, fail anda, jenis tulisan anda, kegemaran anda dan apa saja. Jadi itulah bentuk perkara berpusatkan pengguna yang Perkhidmatan Live boleh lakukan," katanya.

Jangan terkejut dengan kemunculan Windows 7 nanti yang pastinya lebih berinovasi dan penjadi pelopor kemajuan manusia.

Sejauh manakah kita mampu menerimanya?
Posted on Monday, August 10, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

Berkenalan di Forum

From Screen Captures

Semua ahli-ahli JTK dijemput memperkenalkan diri anda di ruangan Forum JTK ... berikut adalah link untuk terus ke ruangan sesi memperkenalkan diri.

[ Klik di sini ]




Posted on Wednesday, August 05, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 0 Comments »

TEKNOLOGI DALAM MASYARAKAT


Ramai yg menganggap bahawa 'jurang digital' hanya wujud di kalangan penduduk kampung atau golongan yg berpendapatan rendah sahaja. Namun, harus diingat bahawa penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita sama ada tua atau muda, dan kumpulan NGO, turut dianggap terpinggir dari segi teknologi.

Dalam usaha gigih negara kita melangkah maju ke hadapan utk mencapai Wawasan 2020, salah satu bidang utama yg harus di kuasai oleh penduduknya ialah kemahiran teknologi. tiada segmen harus terpinggir daripada arus kemajuan IT. Tetapi adakah ini sudah mencukupi? Mungkin tidak.


Pengumuman belanjawan baru2 ini yang memperuntukkan hampir RM 400 juta, di samping rebet dan insentif tunai untuk bidang ICT juga dianggap sebagai langkah utk meningkatkan kadar penembusan IT. Tetapi adakah ini semua mencukupi?? Mungkin tidak.



Pada hakikatnya, org ramai perlu menyedari faedah menggunakan teknologi dan pada masa yang sama kita harus mempertimbangkan jenis penggunaan yang ingin digalakkan, kerana capaian tidak semestinya bermaksud penggunaan, dan penggunaan tidak semestinya bermaksud penggunaan yang berfaedah.



SERUAN UNTUK BERTINDAK


Menyentuh tentang segmen2 yg dianggap terpinggir, iaitu dari segi jenis penggunaan yg ingin digalakkan, wanita dan NGO memang boleh dikatakan ketinggalan. Mengapa segmen2 ini diangggap terpinggir? Bagaimana ini boleh terjadi? Kita sudah memasuki abad ke -21 hak wanita sudah diperjuangkan selama berdekad-dekad dan NGO pula menjadi tunggak negara.


Strategi negara kita memartabatkan pekerja berpengetahuan mesti melibatkan wanita dan NGO. Ini tidak harus dipersoalkan lagi dan ketiadaan langkah2 yang lebih agresif utk melibatkan mereka agak menghairankan. Menurut Buletin Statistik Sosial Malaysia, wanita mewakili separuh daripada penduduk dan tinjauan menerusi Internet menunjukkan bahawa terdapat beratus-ratus NGO mengusahakan pelbagai projek membangunkan masyarakat di dalam dan luar negara.


MAKLUMAT MEMPERKASAKAN INSAN


Kaum wanita dan NGO memainkan peranan penting. Titik Peluh yang dicurahkan membuahkan hasil yg sungguh luar biasa. Teknologi akan membolehkan mereka dan rangkaian perhubungan mereka utk mencapai mercu jaya lebih tinggi. Teknologi boleh digunakan dan telahpun digunakan utk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kohesif, mengalakkan dialog dan perbincangan, sebagai alat melobi dan juga wadah utk menjalin dan mengeratkan tali silaturahim.


Kita dapat lihat du negara kita sendiri bagaimana beberapa wanita telah memanfatkan teknologi dengan bijak. eHomemakers, yg diasaskan oleh seorang ibu bernama Chong Sheau Ching, pada mulanya merupakan landasan yg membolehkan wanita utk bekerja dari rumah Daripada menjadi wadah perhubungan menerusi e-mail dengan ibu-ibu lain yg resah kerana tidak dapat bekerja di rumah, eHomemakers kini memberi peluang dan harapan kepada pesakit kanser atau lupus utk bekerja apabila apabila mereka kelapangan dan menggunakan teknologi utk meningkatkan produktiviti..Sebagai penerima Geran potensi tidak terbatas (Unlimited Potential) Microsoft, pengasas eHomemakers Sheau ching berkata, " Bekerja dari rumah dan menggunakan teknologi seperti VoIP dan suntingan dokumen dalam masa nyata membolehkan saya dan ibu2 lain untuk meluangkan masa utk bekeja tanpa mengabaikan keperluan dan kesihatan keluarga."



contoh2 seperti ini menggambarkan dan menonjolkan keupayaan teknologi utk memperkasakan insan. Dgn mengubah ketetapan minda dan memikirkan cara2 yg membolehkan kita memanfaatkan teknologi, kadar kemajuan bukan sahaja Malaysia, malah di seluruh dunia akan menjadi lebih pesat.


Baik yang tua ataupun yg muda, berupaya ata kurang upaya, pendirian tegas harus diambil. Wanita dan NGO perlu berganding bahu dan menggunakan sepenuhnya 'kemahiran lembut' (soft skills) mereka utk mengorak langkah ke hadapan. Masih banyak yg perlu dilakukan utk mempengaruhi rakyat Malaysia ttg nilai dan kelebihan IT. Namun usaha para "ibu,penjaga dan pencetus harapan"menerapkan IT dalam kerja2 mereka sudah tentu akan dicontohi dan membawa lebih ramai pengikut.










Posted on Sunday, August 02, 2009 by matkatobo and filed under | 0 Comments »