Forum KJKK yang rasmi sudah di lancarkan..




Forum rasmi KJKK.com sudah dilancarkan. Kepada sesiapa yang ingin menjadi donator kami amat mengalu-alukan sumbangan anda. Moga dengan sumbangan anda kita dapat mengadakan bermacam-macam aktiviti bersama. Untuk yang mempunyai masalah,cadangan atau pendapat dan juga ingin berkongsi ilmu, anda di alu-alukan untuk melawat forum ini. Marilah kita sama-sama menjayakan objektif forum ini.
Lawati la forum KJKK.com


Posted on Saturday, November 21, 2009 by Sky Photography and filed under | 2 Comments »

Selamat Pengantin Baru




Pada 17 oktober yang lalu. 'geng-geng' JTK telah menghadiri hari bahagia (kenduri kahwin) salah sorang teman kita, iaitu Rozila & pasangan Md.Rizal. Suasana yang meriah menceriakan Rozila. Ditambah dengan kehadiran teman2 seperjuangan mengamit memori hari bahagia yang tak dapat dilupakan. Buat Rozila & Pasangan, SELAMAT MENEMPUH ALAM BERUMAH TANGGA & SEMOGA BERBAHAGIA DI SAMPING SUAMI TERCINTA...huhu.


Thanks buat 'Geng-geng' yang menghadiri majlis tersebut. Abg Long (Idlan), Haled, Isey, Awin, Wafie, Pesal, Mie yuss (motto), Azman, Ajuey, Duan Mawi, Farah, Apich & Kak Nor.

Posted on Saturday, November 14, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

Stand-Strong...We Back!




Forum baru KJKK akan di lancar dalam masa terdekat bagi mengantikan yang lama. Kami memerlukan donator untuk membeli hosting bagi forum KJKK yang baru, memandangkan forum yang lama mempunyai beberapa masalah & amatlah terhad untuk kita kongsi sesuatu kerana ia adalah forum berdaftar secara percuma. Bagi donator kami akan memberi satu akaun email kepada anda. Untuk pertanyaan atau anda ingin menjadi donator, anda boleh bertanyakan:

Hisyam: 017-4479787 ( YM: esey_qelate)

Zahar : 013-9588764 (YM: Zahar_boys87)

Atau warga2 pengerak KJKK yang lain. Sokongan anda amat kami hargai.



" Join Us, Respect Other, Enjoy Freedom..."

Posted on Thursday, November 12, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

KURSUS ASAS KOMPUTER

KURSUS ASAS KOMPUTER DAN RANGKAIAN
UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER(FT17)
NEGERI KELANTAN
SESI PERTAMA : 09 - 12 NOVEMBER 2009
SESI KEDUA : 16 - 19 NOVEMBER 2009
BERTEMPAT DI HOTEL NEW PACIFIC, KOTA BHARU


Kepada juruteknik sila semak nama anda untuk tindakan selanjutnya..sila hantar borang pengesahan kehadiran secepat mungkin.

Dapatkan Senarai nama peserta, surat tawaran kursus dan borang pengesahan kehadiran melalui link di bawah..

http://www.moe.gov.my/jpnkelantan/download/senaraiFT17_kursus.pdf?PHPSESSID=303dbc2ab1dd0747d46ba33adeeb6098

Sila semak nama anda..Sekian Terima Kasih

Posted on Tuesday, November 03, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 2 Comments »

KJKK.net memerlukan donator..

Forum baru KJKK akan di lancar dalam masa terdekat. Kami memerlukan donator untuk membeli hosting bagi forum KJKK. Bagi donator kami akan memberi satu akaun email kepada anda. Untuk pertanyaan atau anda ingin menjadi donator, anda boleh bertanyakan warga penggerak KJKK iaitu Zahar, LC, Matmie, Esey, Bayfatih, Potmasita, Duan_Mawi dan SkyTech09



Posted on Sunday, November 01, 2009 by Sky Photography and filed under | 0 Comments »

Kad Ucapan Selamat Hari Raya Dari Warga Pengerak forum KJKK

Posted on Monday, September 14, 2009 by Sky Photography and filed under | 0 Comments »

Gambar Majlis Berbuka Puasa 11/09/09 Di Sri Chengmai Sri Cemerlang



Posted on Monday, September 14, 2009 by Sky Photography and filed under | 0 Comments »

Salam Aidilfitri Dari Kami Warga JTK

Kami warga JTK kelantan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN untuksemua warga JTK Kelantan khususnya pada pengunjung setia Blog, Forum & Chatroll JTK. Andai ada gurau senda atau terkasar bahasa. Harap jangan disimpan dalam hati. Bulan baik & hari baik yang bakal tiba nanti kami warga JTK mengucapkan...
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...





Posted on Saturday, September 12, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

Lawatan Mesra Ke Sekolah Abg Duan Mawi



Pada cuti 07 sep 2009, kami mengadakan lawatan mesra ke sekolah Abg Duan Mawi, Sk. Belimbing, Tanah Merah. Lawatan ini bertujuan untuk mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan mesra kami bersama kawan2 pada bulan Ramadhan ini. Kami juga sempat bertukar2 pendapat dan berkongsi pengetahuan bersama Duan Mawi. Duan Mawi memang seorang yang 'sporting' dan mesra. Thanks kepada Abg Duan Mawi kerana melayan kerenah kami yang 'BANYAK SONGEH' ini...Hehe.


Posted on Monday, September 07, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

Makluman Majlis Berbuka Puasa

Peta ke lokasi berbuka









Posted on Tuesday, September 01, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

MAJLIS BERBUKA PUASA GENG JTK


Assalamualaikum...
'Geng JTK' akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakan2 JTK. Diharap semua yang bergelar JTK dapat memberi sokongan sepenuhnya pada majlis tahunan sempena bulan RAMADHAN yang di buat oleh 'geng2 JTK' untuk mengeratkan hubungan antara 'Geng JTK'. InsyaAllah.
Untuk Pertanyaan, Sila Hubungi:
Pesal : 012-9542827 (YM: blankpeacepesal)
Hisyam: 017-4479787 ( YM: esey_qelate)

P/s: Kepada sesiapa yang ingin menempah T-shirt JTK , sila membawa duit bayaran pada hari berkenaan dan memberi nama kepada Pesal untuk memudahkan urusan penempahan T-shirt. Harap maklum.

Posted on Sunday, August 23, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

Online Teramai Hari ini [ 24 Ogos 2009 ]




Akrabnya grup JTK ni ya!! Selamat berpuasa !!

Zon 1 Ramadhan : Kenali potensi... Mengenali potensi diri pasti kita akan mengenali keesaan ilahi ... moga Ramadhan menjadi pendorong untuk kita melakukan perubahan dalam diri kepada yang lebih baik....




Posted on Sunday, August 23, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 0 Comments »

Selamat Menyambut Ramadhan






Posted on Thursday, August 20, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

KURSUS PENYELENGGARAAN KOMPUTER


UNTUK MAKLUMAN SEMUA LEPAS RAYA NE ADA SATU KURSUS PENYELENGGARAAN KOMPUTER FT17 YANG DIKENDALIKAN OLEH GENG2 JTK KITA...KURUS INI DIUTAMAKAN KEPADA KAUM HAWA YANG KURANG PENGETAHUAN PASAL KOMPUTER DAN YANG BARU POST...LONI KAWE TGK SIAPKAN KERTAS KERJA...SAPA2 YANG RASO DIO TAK TAU LASUNG PASAL KOMPUTER SILA BAGITAU AKU....SEBELUM 20/8/2009...PESERTA TERHAD KPD 20 ORANG SAHAJA..HARAP MAKLUM..

YM KAWE: esey_kelate
FON NO : MITOK KOT YM


Posted on Saturday, August 15, 2009 by BiO-E-SeY and filed under | 0 Comments »

WINDOWS 7






"SELEPAS beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista yang dikeluarkan syarikat gergasi sistem operasi (OS) iaitu Microsoft, mereka terus beralih kepada produk seterusnya, Windows 7"



Ada yang menyatakan Microsoft mula panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung berada di pasaran.

Windows 7 dijangka menemui pengguna awal tahun depan pada asalnya dikenali dengan kod Blackcomb dan Vienna yang dikeluarkan menerusi dua versi iaitu kepada pengguna dan pelayan.

Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi.

Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.

Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta keupayaannya berhubung dengan dunia lain.

Microsoft bersedia memperkenalkan kemuncak generasi perisian akan datang yang direka bagi mengatasi rungutan mengenai perisian OS Vista keluarannya yang memberikan persaingan kepada pesaing utamanya, Google.

Versi Windows 7 yang sedang dibangunkan itu dipertontonkan di California pada satu Persidangan Pembangun Profesional mengandungi beberapa sesi yang mana pakar perisian boleh mendapatkan gambaran mengenai sistem operasi Microsoft yang akan datang.

Ketua Arkitek Perisian Microsoft, Ray Ozzie, berkata syarikatnya melabur besar untuk platform Windows 7 dan berbangga dengan sasarannya selepas ini.

"Antara ciri kelebihan Windows 7 termasuk membolehkan orang ramai menjadikan komputer lebih menuruti kehendaknya dan menyediakan rangkaian yang boleh dihubungkan dengan telefon mudah alih, pencetak, gambar digital, komputer dan perkakasan pintar lain," katanya.

Menurut penganalisis dari Redmond, sebuah syarikat perisian berpangkalan di Washington, Matt Rosoff berkata beliau menjangkakan Microsoft menghasilkan Windows 7 seawal tahun depan.

Windows 7 direka bentuk untuk menjadikan semua tugasan harian membabitkan komputer lebih pantas dan menampilkan ciri baru sambil memfokus terhadap aplikasi dan kepelbagaian kesesuaian penggunaan perkakasan itu.

Rungutan mengenai Vista termasuk konfliknya dengan program lama.

"Kami membawakan yang terbaik mengenai Web kepada Windows dan yang

terbaik mengenai Windows kepada Web.

"Daripada PC kepada Web seterusnya telefon dan dari pelayan kepada semua sistem lain, kami memfokus pengalaman penciptaan generasi seterusnya yang mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain," kata Ozzie.

Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:

  • Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuh
    Taskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka. Ini bermakna anda akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya.
  • Pembaharuan desktop
    Ia memberi peluang kepada anda menyusun ikon di permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan mengemaskininya.
  • Carian Windows
    Windows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.
  • Internet Explorer 8
    Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran 'online' pantas seperti alamat bar, carian, 'tabs' dan bar 'Favorites.'


Microsoft juga berusaha mengenal pasti keupayaan prestasinya yang dipertingkat menerusi Windows 7 agar ia tidak berkompromi dengan kehendak pengguna.

Melalui sistem baru di bawah Windows 7, PC akan dibuka, ditutup, bersedia dan memberi respons dengan pantas yang mendapat maklum balas daripada pengguna sebelum ini.

Selain itu, ia jauh berbeza dengan Windows XP apabila Microsoft memajukan jangka hayat bateri dengan menambah sistem penjimatan tenaga untuk kecerahan paparan dan penggunaan tenaga minimum untuk memainkan pemain DVD.

Kali ini, Microsoft juga mahu mengurangkan sistem amaran membabitkan 'pop-up' memberi ingatan kepada pengguna walaupun ia tidak serius berbanding pop-up yang sering terpampang.

Bagai bulan jatuh ke riba apabila mendengar ciri hiburan menggunakan Windows 7 yang bersedia untuk menampilkan fungsi ajaibnya terutama membabitkan televisyen menggunakan PC, filem dan video.

Ia membabitkan penukaran besar-besaran antaramuka hiburan yang memberi impak kepada emosi pengguna ketika berhibur.

Tidak dilupakan, Windows 7 dijangka akan menitikberatkan fungsi skrin sesentuh yang kian didapati dalam mana-mana perkakasan di dunia ini menjadikannya lebih mesra pengguna.


Kehadiran Windows 7 bertepatan dengan aplikasi sentuhan seperti hasil kajian menyentuh hubungan antara pengguna dan mesin yang dijelaskan secara disiplin ilmu dalam Interaksi manusia-komputer (Human-Computer Interaction-HCI).

Ia mengkaji komunikasi atau interaksi antara pengguna dengan sistem termasuk berkaitan UI serta skrin sesentuh.

Model interaksi antara pengguna dengan sistem membabitkan tiga komponen iaitu pengguna, interaksi dan sistem itu sendiri.

Interaksi terbabit mewujudkan sistem yang mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan sebagainya.

Satu kajian terpenting dalam bidang HCI adalah UI yang menjadi sebahagian sistem yang akan dikendalikan oleh pengguna untuk mencapai dan melaksanakan fungsi sesuatu sistem.

Tidak dinafikan juga ia dianggap sebagai jumlah keseluruhan keputusan reka bentuk.

Sistem UI yang membabitkan skrin sesentuh menggabungkan elemen komunikasi apabila pengguna boleh berinteraksi dengan produk terbabit melaluinya seperti ditonjolkan Windiws 7 kelak.

Menurut nama yang tidak asing dalam bidang komputer iaitu Bill Gates ketika mengulas mengenainya berkata Windows 7 bermaksud jika anda beralih dari satu PC ke PC yang lain, anda perlu memasang aplikasi satu demi satu serta mengemaskini setiap satunya.

"Memindahkan maklumat sangat leceh namun ia boleh diselesaikan menggunakan Perkhidmatan Live untuk mengetahui kemahuan anda.

"Jadi, walaupun anda menggunakan kios atau menumpang PC seseorang, kami boleh membawa laman web anda, fail anda, jenis tulisan anda, kegemaran anda dan apa saja. Jadi itulah bentuk perkara berpusatkan pengguna yang Perkhidmatan Live boleh lakukan," katanya.

Jangan terkejut dengan kemunculan Windows 7 nanti yang pastinya lebih berinovasi dan penjadi pelopor kemajuan manusia.

Sejauh manakah kita mampu menerimanya?
Posted on Monday, August 10, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

Berkenalan di Forum

From Screen Captures

Semua ahli-ahli JTK dijemput memperkenalkan diri anda di ruangan Forum JTK ... berikut adalah link untuk terus ke ruangan sesi memperkenalkan diri.

[ Klik di sini ]




Posted on Wednesday, August 05, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 0 Comments »

TEKNOLOGI DALAM MASYARAKAT


Ramai yg menganggap bahawa 'jurang digital' hanya wujud di kalangan penduduk kampung atau golongan yg berpendapatan rendah sahaja. Namun, harus diingat bahawa penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita sama ada tua atau muda, dan kumpulan NGO, turut dianggap terpinggir dari segi teknologi.

Dalam usaha gigih negara kita melangkah maju ke hadapan utk mencapai Wawasan 2020, salah satu bidang utama yg harus di kuasai oleh penduduknya ialah kemahiran teknologi. tiada segmen harus terpinggir daripada arus kemajuan IT. Tetapi adakah ini sudah mencukupi? Mungkin tidak.


Pengumuman belanjawan baru2 ini yang memperuntukkan hampir RM 400 juta, di samping rebet dan insentif tunai untuk bidang ICT juga dianggap sebagai langkah utk meningkatkan kadar penembusan IT. Tetapi adakah ini semua mencukupi?? Mungkin tidak.



Pada hakikatnya, org ramai perlu menyedari faedah menggunakan teknologi dan pada masa yang sama kita harus mempertimbangkan jenis penggunaan yang ingin digalakkan, kerana capaian tidak semestinya bermaksud penggunaan, dan penggunaan tidak semestinya bermaksud penggunaan yang berfaedah.



SERUAN UNTUK BERTINDAK


Menyentuh tentang segmen2 yg dianggap terpinggir, iaitu dari segi jenis penggunaan yg ingin digalakkan, wanita dan NGO memang boleh dikatakan ketinggalan. Mengapa segmen2 ini diangggap terpinggir? Bagaimana ini boleh terjadi? Kita sudah memasuki abad ke -21 hak wanita sudah diperjuangkan selama berdekad-dekad dan NGO pula menjadi tunggak negara.


Strategi negara kita memartabatkan pekerja berpengetahuan mesti melibatkan wanita dan NGO. Ini tidak harus dipersoalkan lagi dan ketiadaan langkah2 yang lebih agresif utk melibatkan mereka agak menghairankan. Menurut Buletin Statistik Sosial Malaysia, wanita mewakili separuh daripada penduduk dan tinjauan menerusi Internet menunjukkan bahawa terdapat beratus-ratus NGO mengusahakan pelbagai projek membangunkan masyarakat di dalam dan luar negara.


MAKLUMAT MEMPERKASAKAN INSAN


Kaum wanita dan NGO memainkan peranan penting. Titik Peluh yang dicurahkan membuahkan hasil yg sungguh luar biasa. Teknologi akan membolehkan mereka dan rangkaian perhubungan mereka utk mencapai mercu jaya lebih tinggi. Teknologi boleh digunakan dan telahpun digunakan utk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kohesif, mengalakkan dialog dan perbincangan, sebagai alat melobi dan juga wadah utk menjalin dan mengeratkan tali silaturahim.


Kita dapat lihat du negara kita sendiri bagaimana beberapa wanita telah memanfatkan teknologi dengan bijak. eHomemakers, yg diasaskan oleh seorang ibu bernama Chong Sheau Ching, pada mulanya merupakan landasan yg membolehkan wanita utk bekerja dari rumah Daripada menjadi wadah perhubungan menerusi e-mail dengan ibu-ibu lain yg resah kerana tidak dapat bekerja di rumah, eHomemakers kini memberi peluang dan harapan kepada pesakit kanser atau lupus utk bekerja apabila apabila mereka kelapangan dan menggunakan teknologi utk meningkatkan produktiviti..Sebagai penerima Geran potensi tidak terbatas (Unlimited Potential) Microsoft, pengasas eHomemakers Sheau ching berkata, " Bekerja dari rumah dan menggunakan teknologi seperti VoIP dan suntingan dokumen dalam masa nyata membolehkan saya dan ibu2 lain untuk meluangkan masa utk bekeja tanpa mengabaikan keperluan dan kesihatan keluarga."



contoh2 seperti ini menggambarkan dan menonjolkan keupayaan teknologi utk memperkasakan insan. Dgn mengubah ketetapan minda dan memikirkan cara2 yg membolehkan kita memanfaatkan teknologi, kadar kemajuan bukan sahaja Malaysia, malah di seluruh dunia akan menjadi lebih pesat.


Baik yang tua ataupun yg muda, berupaya ata kurang upaya, pendirian tegas harus diambil. Wanita dan NGO perlu berganding bahu dan menggunakan sepenuhnya 'kemahiran lembut' (soft skills) mereka utk mengorak langkah ke hadapan. Masih banyak yg perlu dilakukan utk mempengaruhi rakyat Malaysia ttg nilai dan kelebihan IT. Namun usaha para "ibu,penjaga dan pencetus harapan"menerapkan IT dalam kerja2 mereka sudah tentu akan dicontohi dan membawa lebih ramai pengikut.










Posted on Sunday, August 02, 2009 by matkatobo and filed under | 0 Comments »

Cara2 Nak Buang Pasword Pada Akaun

Ni apabila ada budak2 yang hacker dari korang tukar pasword kat akuan pc..first korang download dulu software WinXP-1.Account.Password.Changer di my share box tu...aku telah upload software kat situ..

lepas korang download korang open ler software tuh.. lepas tu korang ikut step kat bawah neh..


1 - lepas korang double clik kat software tuh...seperti gambaran atas..korang tekan jer apa2 key.





2- korang taip nama akuan korang dekat username tuh..pastikan nama acaunt yang korang masukana itu betul yerkk



3 - dekat type pasword of user tuh korang jangan masukan apa2..just enter jer..retry pasword pom korang enter jangan masukana apa2...lepas korang enter retry enter dio akan keluar completed succefuly..lepas tu korang press any key jer




4 - ni yang last lepas keluar tetingkap ini..korang buleh tutup software tuh..dan restart pc sekali..dan lihatlah hasil nya..


kalu ada apa2 yang korang tak faham buleh tanyo kawe...
Posted on Monday, July 27, 2009 by BiO-E-SeY and filed under | 0 Comments »

Meningkatkan Trafik Blog


Nuffnang Xchange Widget, salah satu widget yang disediakan oleh Nuffnang. Fungsinya ialah meningkatkan menambah trafik ke sesebuah blog. Saya telah pun memasang atau menggunakannya. Kalau dapat lihat widget ini terletak di bawah sebelah kanan blog ini.


Terdapat 5 theme yang disediakan bagi widget ni, tapi saya pilih yang biasa [ Compact ] bersesuaian dengan blog ini. Widget ini membantu sesebuah blog yang mempunyai < 300 pelawat atau uniques untuk setiap hari bagi meningkatkan kepada lebih dari 300 uniques satu hari, mungkin 1000 pelawat satu hari.
Ok juga widget yang dibangunkan oleh Nuffnang ni, buat masa ni saya baru 2 hari menggunakan widget ni dan dalam proses percubaan. Hasilnya pun belum saya penilaian. Anda juga boleh menggunakan widget ini untuk melawat blog – blog lain yang anda minat. Sekiranya anda tak mengenali Nuffnang ni, anda boleh melayari laman web www.nuffnang.com.my. Jangan lupa tengok widget ni kat bawah tu. , manalah tahu ia membantu anda untuk menarik/menambah lagi pelawat ke blog anda - Di Petik dari web azumass

Posted on Thursday, July 23, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

Rehat Minda : Lagu Tema JTK [ AWIM MAWEH ]

Posted on Wednesday, July 22, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 1 Comments »