Cara2 Nak Buang Pasword Pada Akaun

Ni apabila ada budak2 yang hacker dari korang tukar pasword kat akuan pc..first korang download dulu software WinXP-1.Account.Password.Changer di my share box tu...aku telah upload software kat situ..

lepas korang download korang open ler software tuh.. lepas tu korang ikut step kat bawah neh..


1 - lepas korang double clik kat software tuh...seperti gambaran atas..korang tekan jer apa2 key.





2- korang taip nama akuan korang dekat username tuh..pastikan nama acaunt yang korang masukana itu betul yerkk



3 - dekat type pasword of user tuh korang jangan masukan apa2..just enter jer..retry pasword pom korang enter jangan masukana apa2...lepas korang enter retry enter dio akan keluar completed succefuly..lepas tu korang press any key jer




4 - ni yang last lepas keluar tetingkap ini..korang buleh tutup software tuh..dan restart pc sekali..dan lihatlah hasil nya..


kalu ada apa2 yang korang tak faham buleh tanyo kawe...
Posted on Monday, July 27, 2009 by BiO-E-SeY and filed under | 0 Comments »

Meningkatkan Trafik Blog


Nuffnang Xchange Widget, salah satu widget yang disediakan oleh Nuffnang. Fungsinya ialah meningkatkan menambah trafik ke sesebuah blog. Saya telah pun memasang atau menggunakannya. Kalau dapat lihat widget ini terletak di bawah sebelah kanan blog ini.


Terdapat 5 theme yang disediakan bagi widget ni, tapi saya pilih yang biasa [ Compact ] bersesuaian dengan blog ini. Widget ini membantu sesebuah blog yang mempunyai < 300 pelawat atau uniques untuk setiap hari bagi meningkatkan kepada lebih dari 300 uniques satu hari, mungkin 1000 pelawat satu hari.
Ok juga widget yang dibangunkan oleh Nuffnang ni, buat masa ni saya baru 2 hari menggunakan widget ni dan dalam proses percubaan. Hasilnya pun belum saya penilaian. Anda juga boleh menggunakan widget ini untuk melawat blog – blog lain yang anda minat. Sekiranya anda tak mengenali Nuffnang ni, anda boleh melayari laman web www.nuffnang.com.my. Jangan lupa tengok widget ni kat bawah tu. , manalah tahu ia membantu anda untuk menarik/menambah lagi pelawat ke blog anda - Di Petik dari web azumass

Posted on Thursday, July 23, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

Rehat Minda : Lagu Tema JTK [ AWIM MAWEH ]

Posted on Wednesday, July 22, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 1 Comments »

Selamat Tinggal Windows XP

Macam tajuk lagu lak rasanya … Betul ker sistem operasi yang terkenal ni akan tinggal kenangan?..Dikala Windows Vista dalam keadaan yang kurang stabil atau terumbang-ambing pengoperasiannya pelbagai cara Microsoft mencuba untuk meningkatkan penjualan sistem operasi baru mereka ini..Akhirnya Microsoft telah menjumpai 1 cara dimana anda semua terpaksa menerima kehadiran sistem operasi baru mereka ni iaitu Windows Vista.. Terpaksa gak belajar ilmu komputer baru ni
Pada 30 Jun 2008, Microsoft akan menamatkan sistem operasi yang cukup terkenal [ Windows XP ].

JANGAN TAKUT !!!!!
Pengguna Windows XP masih lagi boleh menggunakan sistem operasi ini sehingga akhir hayat..sampai bila2 lah tetapi produk support seperti security software update dari Microsoft akan tamat pada 14 April 2009. Microsoft melakukan ini kerana ingin menjadikan Windows Vista terkenal disebabkan ia adalah sistem operasi meraka yang terbaru…Microsoft menamatkan semuakan sistem operasi yang terdahulu untuk memberi laluan kepada Vista berada dipasaran.
XP Timeline
30 Jun 2008
Syarikat pengeluar PC memberhentikan pengeluaran PC siap sedia dipasang Windows XP, maknanya semuanya Windows Vista.

31 Jan 2009
Microsoft memberhentikan semua penjualan Windows XP di pasaran.

14 April 2009
Free live support and warranty akan tamat.

8 April 2014
Semua support Windows XP akan tamat. [Selamat Tinggal Windows XP].

Sekarang ni anda sendiri boleh lihat dimana pakej penjualan komputer, notebook baru semuanya siap sedia dipasang dengan Windows Vista… Susah nak cari komputer atau notebook baru yang ada driver Windows XP semuanya Windows Vista…Syarikat2 pengeluar PC semuanya sudah mula mengeluarkan PC baru yang menggunakan Vista macam Compaq Presario V3713AU


Ini semua apa yang sy baca..Jika semua ini berlaku, apa anda lakukan?.. Bertukar kepada Vista?.. atau Mac? Linux?..
Posted on Wednesday, July 22, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

Skop dan Bidang Kerja bagi Fasilitator SchoolNet (FS)

1. FS bertanggungjawab atas segala peralatan ICT di makmal komputer/berkaitan dengan memastikan rangkaian SchoolNet berfungsi serta sentiasa boleh digunakan. Tugas dan tanggungjawab juga melibatkan inisiatif-inisiatif ICT lain seperti makmal komputer, pusat akses, peralatan PPSMI dan sebagainya
2. FS akan menjalankan Latihan In-House kepada warga sekolah dengan membantu sekolah menentukan jadual perlaksanaan Latihan In-House bagi mengelak daripada menganggu aktiviti P&P sedia ada dan membantumenentukan kumpulan sasaran sebenar bagi setiap latihan yang akan dijalankan
3. FS dibenarkan menjalankan latihan ICT yang bersesuaian kepada ibu bapa atau komuniti dengan menggunakan kemudahan ICT di sekolah setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah
4. FS akan menjalankan latih tubi dengan menggunakan aplikasi online bagi pelajar menduduki peperiksaan seperti UPSR/PMR/SPM
5. FS dikehendaki membantu mengendalikan aktiviti ICT di sekolah-sekolah berdekatan
6. FS berperanan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan jalur lebar/pakej jalur lebar kepada warga sekolah dan komuniti setempat.

Posted on Wednesday, July 22, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

Cara mengetahui alamat MAC dalam Windows

Untuk mengetahui alamat MAC komputer Windows XP, Windows 2000 atau Windows Vista, ikut langkah-langkah berikut:

1) Klik Start -> Run

2) Taipkan "cmd" dan tekan Enter

3) Dalam tetingkap MS-DOS, taipkan arahan:

ipconfig /all


Anda akan melihat paparan seperti di bawah:



Nombor 12-digit di bahagian Physical Address adalah alamat MAC bagi komputer anda. Contoh di sini 00-08-A1-75-74-7A ialah alamat MAC bagi komputer saya.



Posted on Tuesday, July 21, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

Microsoft Word 2010 : Perspektif abe Kudin




Setelah berita kemunculan Windows 7,pada 13 julai yang lalu,Microsoft telah mengumumkan mengenai Microsoft Office 2010...banyak tambahan telah ditambah di dalam Microsoft Office 2010 ini,dikatakan Microsoft Office 2010 ini sesuai untuk sistem operasi Windows XP SP3, Windows Vista dan Windows 7.Microsoft Office 2010 ini dianggarkan akan dikeluarkan pertengahan tahun 2010 nanti...antara tambahan yang ada Microsoft Office 2010 ialah kita boleh save fail document kita dalam bentuk pdf...jadi ini tentu memberi kemudahan kepada mereka yang ingin membuat ebook.

Anda boleh lihat screen shot Microsoft Office 2010 ini pada pautan ini.

Microsoft Access 2010
Microsoft Excel 2010
Microsoft InfoPath Designer 2010
Microsoft InfoPath Filler 2010
Microsoft OneNote 2010
Microsoft Outlook 2010
Microsoft PowerPoint 2010
Microsoft Publisher 2010
Microsoft SharePoint Workspace 2010
Microsoft Word 2010


Posted on Tuesday, July 21, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 0 Comments »

Kemajuan ICT tuntut penjawat awam berani berubah - Musa

Sumber : Berita Harian
KOTA KINABALU 22 Julai — Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta arus globalisasi menuntut penjawat awam Sabah perlu berani membuat perubahan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya perubahan dan transformasi perkhidmatan kini merupakan cabaran kepada penjawat awam yang selama ini berada dalam zon selesa.“Proses pemodenan dan transformasi sebenarnya memerlukan penjawat awam yang berjiwa kental dan pragmatik, bukannya berjiwa pasif dan negatif yang takut akan perubahan.

“Inisiatif pemodenan dan transformasi ini juga adalah sebahagian daripada usaha kita untuk bergerak seiring dengan proses globalisasi dan kemajuan ICT yang berlaku dan berubah dengan sangat pantas,” katanya pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Katanya penjawat awam negeri harus berani menghadapi transformasi dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan mengikut keadaan semasa. - Bernama

Cyborg FT17 : Dalam bab nih..pot2 kita mendahului ... ganas2!!
Posted on Tuesday, July 21, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 0 Comments »

Google perkenal sistem operasi saingan Windows



SUN VALLEY, Idaho 9 Julai - Google Inc. "menyerang" perniagaan teras Microsoft Corp. dengan merancang untuk mengambil alih kuasa perisian Windows yang kini mendominasi sistem operasi bagi keperluan komputer peribadi.

Google yang kini sudah menawarkan suit e-mel, Web dan lain-lain produk perisian yang menyaingi Microsoft berkata, pihaknya akan melancarkan sistem operasi yang baru dan percuma yang disasarkan untuk komputer bimbit.



Sistem operasi yang dipanggil Google Chrome, perisian baru itu akan dimasukkan ke dalam perisian komputer bimbit untuk pengguna pada separuh kedua tahun depan, kata Google dalam blognya dengan menambah, pihaknya mendapat kerjasama dari beberapa pengeluar. - Reuters




Posted on Wednesday, July 08, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 0 Comments »