Kemajuan ICT tuntut penjawat awam berani berubah - Musa

Sumber : Berita Harian
KOTA KINABALU 22 Julai — Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta arus globalisasi menuntut penjawat awam Sabah perlu berani membuat perubahan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya perubahan dan transformasi perkhidmatan kini merupakan cabaran kepada penjawat awam yang selama ini berada dalam zon selesa.“Proses pemodenan dan transformasi sebenarnya memerlukan penjawat awam yang berjiwa kental dan pragmatik, bukannya berjiwa pasif dan negatif yang takut akan perubahan.

“Inisiatif pemodenan dan transformasi ini juga adalah sebahagian daripada usaha kita untuk bergerak seiring dengan proses globalisasi dan kemajuan ICT yang berlaku dan berubah dengan sangat pantas,” katanya pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Katanya penjawat awam negeri harus berani menghadapi transformasi dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan mengikut keadaan semasa. - Bernama

Cyborg FT17 : Dalam bab nih..pot2 kita mendahului ... ganas2!!
Posted on Tuesday, July 21, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 0 Comments »

Google perkenal sistem operasi saingan Windows



SUN VALLEY, Idaho 9 Julai - Google Inc. "menyerang" perniagaan teras Microsoft Corp. dengan merancang untuk mengambil alih kuasa perisian Windows yang kini mendominasi sistem operasi bagi keperluan komputer peribadi.

Google yang kini sudah menawarkan suit e-mel, Web dan lain-lain produk perisian yang menyaingi Microsoft berkata, pihaknya akan melancarkan sistem operasi yang baru dan percuma yang disasarkan untuk komputer bimbit.



Sistem operasi yang dipanggil Google Chrome, perisian baru itu akan dimasukkan ke dalam perisian komputer bimbit untuk pengguna pada separuh kedua tahun depan, kata Google dalam blognya dengan menambah, pihaknya mendapat kerjasama dari beberapa pengeluar. - Reuters




Posted on Wednesday, July 08, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 0 Comments »

Bengkel Pertama JTK



" Keje daa setahun lebih. Tapi apa2 bengkel pun belum dijemput untuk hadir & belajar. Nak cakap tak ader org...geng2 JTK nii ramai. Nak cakap tak ader orang mengajor, geng2 JTK semua 'biso-biso'...Aiyoo!..."
Inilah masanya. Geng JTK akan mengadakan bengkel pertama mungkin pada julai nanti. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran dalam seni visual dan mempelajari software VEGAS & VIDEO EDITING. Bengkel ini bukan dibawah jabatan. Dibuat oleh sahabat2 JTK sendiri untuk meningkatkan kemahiran dan memenuhi masa lapang bersama teman-teman. Masa dan Tempat akan diberi tahu nanti. Sekian.


Posted on Tuesday, June 23, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

Baju Untuk Geng JTK



Geng JTK ada menguruskan satu projek baju untuk ahli2nyer. Jika berminat sila hubungi Pesal & Hisham sebelum hari SABTU, 27hb ini (Lepas gaji ler). Atau cakap jer lam YM. Bagi ahli perempuan yang mahu Baju lengan panjang juga boleh.







Posted on Saturday, June 20, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

Thanks






Kami dari wakil GENG JTK mengucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat yang hadir pada perjumpaan GENG JTK pada jumaat yang lepas. Korang semua memang terbukti sporting!...hehe.



Posted on Saturday, June 20, 2009 by Anonymous and filed under | 0 Comments »

Perjumpaan geng JTK Kelantan



kredit kepada Mat Mie atas design yg terhebat...


Posted on Friday, June 12, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 0 Comments »

Tips Meningkatkan Kepantasan Komputer Anda..


Terdapat beberapa tips yang ditemui secara online, dan kami berfikir untuk berkongsi kepada semua pembaca sebagai panduan dan tips untuk mereka.

Setelah semakin lama anda memiliki komputer, anda akan merasakan semakin lama semakin lambat pula komputer tersebut. Kebanyakan orang tidak akan mengganti komputernya sehingga komputer tersebut lambat dan mereka merasakan mereka perlu yang baru, yang lebih pantas.

Ada pula merasa hanya kerana komputer tersebut sudah tua. Sebenarnya komputer tua ataupun baru tetap dapat berjalan dengan cepat - secepat ketika anda pertama kali membawanya ke rumah anda – jika anda mengikuti 10 langkah mudah untuk meningkatkan kepantasan komputer anda.


TIPS 1 : Kosongkan Temp Directory secara berkala

Setiap kali anda menjalankan sebuah program, itu akan membuat sebuah temporary file, sehingga anda menyimpan atau menutup file tersebut. Alasannya adalah kerana ketika kejadian seperti komputer anda mati secara tiba-tiba ataupun programnya mati, anda dapat recovery file anda semula. Ini memang berguna tapi kadang kala ketika anda menyalakan computer anda kembali, entah komputer ataupun programnya, biasanya file tersebut akan memperlambat prosesnya.

Selain itu, temp file juga dapat muncul ketika anda meng-install sebuah program. Dalam jangka waktu yang singkat, temp directory anda akan berisi ratusan bahkan ribuan file yang menunggu anda hapus kerana kewujudannya memperlambatkan komputer anda. Cara yang paling baik adalah hapuslah file tersebut ketika anda sedang tidak memproses sesuatu dengan komputer anda.

Untuk delete Temp File, pastikan tiada masalah untuk membukanya. Seterusnya ikuti langkah berikut :

Dalam Windows 95, 98 atau ME…pergi ke C:WindowsTemp dan delete semua fail yang terdapat di dalam Temp Folder tersebut.

Dalam Windows 2000 atau XP, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Pertama, pastikan anda dapat melihat folder yang disembunyikan. Caranya, buka My Computer – pilih menu Tools – pilih Folder Options. Seterusnya pilih tab View, scroll down dan klik pada “Show Hidden Files and Folders”. Klik OK…… Sekarang pergi ke folder C:Document and Setting – Administrator Local Settings Temp. Delete semua yang anda didalamnya……Anda juga boleh melihat di folder C:Windows (atau Winnt) – Temp atau Tmp. Delete semua fail yang ada di dalamnya dengan serta merta.


p/s : Panduan dan tips ini akan di berikan sacara bersiri (10 siri) bermula dari hari ini. Sentiasalah lawati blog ini untuk mendapatkan tips yang selanjutnya.
Posted on Tuesday, April 07, 2009 by Faizul Afzan and filed under | 3 Comments »