Kemajuan ICT tuntut penjawat awam berani berubah - Musa

Sumber : Berita Harian
KOTA KINABALU 22 Julai — Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta arus globalisasi menuntut penjawat awam Sabah perlu berani membuat perubahan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya perubahan dan transformasi perkhidmatan kini merupakan cabaran kepada penjawat awam yang selama ini berada dalam zon selesa.“Proses pemodenan dan transformasi sebenarnya memerlukan penjawat awam yang berjiwa kental dan pragmatik, bukannya berjiwa pasif dan negatif yang takut akan perubahan.

“Inisiatif pemodenan dan transformasi ini juga adalah sebahagian daripada usaha kita untuk bergerak seiring dengan proses globalisasi dan kemajuan ICT yang berlaku dan berubah dengan sangat pantas,” katanya pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Katanya penjawat awam negeri harus berani menghadapi transformasi dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan mengikut keadaan semasa. - Bernama

Cyborg FT17 : Dalam bab nih..pot2 kita mendahului ... ganas2!!
Posted on Tuesday, July 21, 2009 by Admin FT17kelantan and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment