Skop dan Bidang Kerja bagi Fasilitator SchoolNet (FS)

1. FS bertanggungjawab atas segala peralatan ICT di makmal komputer/berkaitan dengan memastikan rangkaian SchoolNet berfungsi serta sentiasa boleh digunakan. Tugas dan tanggungjawab juga melibatkan inisiatif-inisiatif ICT lain seperti makmal komputer, pusat akses, peralatan PPSMI dan sebagainya
2. FS akan menjalankan Latihan In-House kepada warga sekolah dengan membantu sekolah menentukan jadual perlaksanaan Latihan In-House bagi mengelak daripada menganggu aktiviti P&P sedia ada dan membantumenentukan kumpulan sasaran sebenar bagi setiap latihan yang akan dijalankan
3. FS dibenarkan menjalankan latihan ICT yang bersesuaian kepada ibu bapa atau komuniti dengan menggunakan kemudahan ICT di sekolah setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah
4. FS akan menjalankan latih tubi dengan menggunakan aplikasi online bagi pelajar menduduki peperiksaan seperti UPSR/PMR/SPM
5. FS dikehendaki membantu mengendalikan aktiviti ICT di sekolah-sekolah berdekatan
6. FS berperanan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan jalur lebar/pakej jalur lebar kepada warga sekolah dan komuniti setempat.

Posted on Wednesday, July 22, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment