Selamat Tinggal Windows XP

Macam tajuk lagu lak rasanya … Betul ker sistem operasi yang terkenal ni akan tinggal kenangan?..Dikala Windows Vista dalam keadaan yang kurang stabil atau terumbang-ambing pengoperasiannya pelbagai cara Microsoft mencuba untuk meningkatkan penjualan sistem operasi baru mereka ini..Akhirnya Microsoft telah menjumpai 1 cara dimana anda semua terpaksa menerima kehadiran sistem operasi baru mereka ni iaitu Windows Vista.. Terpaksa gak belajar ilmu komputer baru ni
Pada 30 Jun 2008, Microsoft akan menamatkan sistem operasi yang cukup terkenal [ Windows XP ].

JANGAN TAKUT !!!!!
Pengguna Windows XP masih lagi boleh menggunakan sistem operasi ini sehingga akhir hayat..sampai bila2 lah tetapi produk support seperti security software update dari Microsoft akan tamat pada 14 April 2009. Microsoft melakukan ini kerana ingin menjadikan Windows Vista terkenal disebabkan ia adalah sistem operasi meraka yang terbaru…Microsoft menamatkan semuakan sistem operasi yang terdahulu untuk memberi laluan kepada Vista berada dipasaran.
XP Timeline
30 Jun 2008
Syarikat pengeluar PC memberhentikan pengeluaran PC siap sedia dipasang Windows XP, maknanya semuanya Windows Vista.

31 Jan 2009
Microsoft memberhentikan semua penjualan Windows XP di pasaran.

14 April 2009
Free live support and warranty akan tamat.

8 April 2014
Semua support Windows XP akan tamat. [Selamat Tinggal Windows XP].

Sekarang ni anda sendiri boleh lihat dimana pakej penjualan komputer, notebook baru semuanya siap sedia dipasang dengan Windows Vista… Susah nak cari komputer atau notebook baru yang ada driver Windows XP semuanya Windows Vista…Syarikat2 pengeluar PC semuanya sudah mula mengeluarkan PC baru yang menggunakan Vista macam Compaq Presario V3713AU


Ini semua apa yang sy baca..Jika semua ini berlaku, apa anda lakukan?.. Bertukar kepada Vista?.. atau Mac? Linux?..
Posted on Wednesday, July 22, 2009 by PoT MaSiTa and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment